Kalau penduduk penduduk Kota Belud telah berkorban dan 'akur' untuk memberi laluan kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) menjadi calon BN di kawasan P169 Kota Belud di PRU-12 yang lalu tidak ada sebab dan alasan kenapa penduduk penduduk Tuaran dan Datuk Hajiji Hj. Mohd. Nor tidak dapat menerima dan memberi laluan kepada DARD menjadi calon BN di kawasan tumpah darahnya daerah Tuaran dimana status DARD adalah amat jelas iaitu dia adalah kelahiran dan keahlian UMNO kawasan daerah Tuaran.
Jika pucuk pimpinan BN memikirkan bahawa DARD seorang pemimpin yang serba boleh sebagai pemimpin pelapis, kini rakyat Kota Belud telah sedar dan matang membuat penilain terhadap pemimpin yang mereka kehendaki. Dengan tanpa keraguan kami mencadangkan agar DARD beralih dari Kota Belud dan dipindahkan ke kawasan lain kerana DARD tidak relevan lagi bertapak di kawasan Kota Belud di mana Kota Belud telah dibanjiri oleh golongan generasi muda yang bertenaga terdiri daripada angkatan profesional yang sepatutnya wajar di beri keutamaan untuk mewakili rakyat Kota Belud di PRU 13 ini.
Impak penghijrahan politik DARD ke Kota Belud adalah membimbangkan dan di jangka memberi kesan yang buruk kepada BN di PRU13 ini walaupun DARD dilabelkan popular di kalangan pemimpin atasan. Kenapa DARD tidak relevan di Kota Belud kerana rata rata penduduk Kota Belud tidak merestui kepimpinan DARD dan kini popularitinya amat dipersoalkan oleh masyarakat berbilang kaum diperingkat bawahan? Hidup BN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan