BAHAGIAN 1: MERUNGKAI PERMASALAHAN DAN KELUHAN RAKYAT KOTA BELUD
- MINGGU-MINGGU TERAKHIR PRU-13
- MENGAPA KOTA BELUD PERLU BERUBAH SELEPAS PRU-13
- KEDUDUKAN SEMASA BN DAN REALITI KEBANGKITAN PR
- MERUNGKAI PERMASALAHAN SEBENAR BERDASARKAN PENELITIAN PEMIKIRAN RASIONAL
MINGGU-MINGGU TERAKHIR PRU-13
Parlimen telah dibubarkan semalam, di susuli oleh DUN Sabah yang diumumkan lewat petang dari Sri Gaya. Penantian dan debaran seterusnya adalah kepada :
- SPR - untuk tarikh pilihanraya, dan
- Kepimpinan BN dan PR - Detik yang paling ditunggu-tunggu adalah pengumuman barisan calon BN dan juga PR.
Ramai maklum PRU13 adalah ibu kepada segala pilihanraya dan penentu kepada perubahan dan masa depan seluruh rakyat Malaysia umumnya, akan tetapi sejauhmana kebenaran akan pernyataan ini kepada rakyat Sabah dan Kota Belud khususnya. Adakah benar Sabah adalah FD kepada BN? Atau sebaliknya. Apakah penyebab atau punca kepada kebangkitan Barisan Alternatif seperti Pakatan Rakyat(PKR,PAS,DAP) serta SAPP dan STAR di sekitar Kota Belud? Saya akan cuba membawa pembaca sekalian untuk menilai dari perspektif dan pandangan peribadi saya iaitu sudut Kota Belud berpolitik.
MENGAPA KOTA BELUD PERLU BERUBAH SELEPAS PRU-13:
Berdasarkan kepada beberapa faktor yang menjadi penentu-ukur akan pencapaian sesebuah masyarakat, saya percaya kedudukan Kota Belud secara perbandingan samaada dari lanskap ekonomi, pembangunan pendidikan, meletakkan Kota Belud begitu jauh ketinggalan dari daerah-daerah lain. Saya tidak perlu berhujah panjang akan hakikat ini, sikap berpolemik kita sebenarnya tidak membantu dalam menyelami asas permasalahan sebenar di Kota Belud.
Realiti semasa boleh kita tatapi bersama, peningkatan kos kehidupan seharian di sekitar Kota Belud adalah tidak mengimbangi akan sumber dan punca pendapatan rakyat. Penakrifan miskin dan miskin tegar tidak selari dengan realiti sebenar akan kos yang ditanggung sehari-hari oleh lapisan rakyat terkandung dalam penakrifan ini – e-kasih.
Entah adakah kita- (Kota Belud) benar berpijak di bumi yang nyata dengan berpaksikan Wawasan 2020 yang menjanjikan masyarakat membangun dengan objektif pendapatan per-kapita rakyat Malaysia umumnya adalah pada AS 17,700.
Sumber berikut adalah cukup bagi menggambarkan realiti kebenaran bersumberkan fakta dan statistik pad tahun 2009:“Maka, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada tahun 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi "soft and hard infrastructure". Kadar kemiskinan Sabah pada paras 19.7% atau 19.2% jika digabungkan dengan Labuan adalah yang tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada 3.8% atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan oleh PM Najib sebagai negeri negeri termiskin di Malaysia. Malah, kemiskinan di kalangan etnik minoriti di Sabah adalah lebih teruk pada paras 22.8% berbanding dengan hanya 6.4% di negeri jirannya, Sarawak. Kesempitan hidup lebih mencengkam di kawasan jauh daripada kota dan bandar di Sabah di mana kadar kemiskinan luar bandar sangat tinggi pada paras 35%.
- bekalan elektrik kepada hampir satu pertiga (23%) daripada masyarakat luar bandar Sabah berbanding hanya 0.5% peratus sahaja masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang masih belum menikmati kemudahan elektrik;
- bekalan air bersih atau air yang telah dirawat kepada hampir separuh (47.7%) daripada masyarakat luar bandar di Sabah sedangkan hanya 10% daripada masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa akses kepada air bersih;
- peluang pekerjaan sesuai pada paras pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup terutamanya bagi warga belia.
Jika diambil kira purata pendapatan kasar isirumah pada tahun 2009 sebanyak RM3,144 bagi Sabah dan Labuan, PGK pada kadar 60% akan melonjak kepada RM1,886.4 bagi Sabah dan Labuan berbanding RM1,048, sekaligus menjerumuskan lebih ramai lagi rakyat Sabah ke dalam kancah kemiskinan. Jurang antara kaya dan miskin melebar atau ketidaksamaan ekonomi merosot di Sabah dan Labuan di mana pekali Gini telah meningkat kepada 0.453 pada 2009 berbanding 0.450 pada 2007 atau 0.448 pada tahun 1999! – sumber – http://www.merdekareview.com
KEDUDUKAN SEMASA BN DAN REALITI KEBANGKITAN PR
vs
Sebelum saya mengajak saudara pembaca terhormat dalam mengupas topik artikel ini iaitu merungkai permasalahan sebenar yang mencetuskan kebangkitan serta sokongan rakyat terhadap Barisan PR, saya ingin mengajak para pembaca untuk menilai akan kemampuan BN mempertahankan Kota Belud dan meninjau sejauh mana kekuatan PR dalam menganggu-gugat kubu kuat UMNO-BN.
Berdasarkan tinjauan serta pengamatan sejak pengambilalihan Dato Seri Najib sebagai PM beserta ratusan ‘sesi’ kedai kopi di sekitar daerah Kota Belud, kebangkitan Barisan Pakatan Rakyat atau Barisan Alternatif seperti SAPP dan STAR adalah berkisar dari faktor-faktor dan pendekatan isu-isu seperti berikut :
- Akses kepada media alternatif selain Saluran 1,2 dan 3
- Kebangkitan anak muda yang mula mempersoalkan agenda orang muda dan keberkesanan perlaksanaan program kerajaan di peringkat Kota Belud
- Pendekatan Isu-isu popular seperti yang dibangkitkan oleh parti-parti PR jauh dari Tanah Semenanjung seperti:
- Isu Kemudahan Prasaranan asas - Air
- Isu Pendidikan –PTPTN
- Isu Lahad Datu - PATI
- Pendekatan pihak BN peringkat tempatan terutamanya di media sosial, dalam menangani atau menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak PR adalah lemah malah sebaliknya membangkitkan lagi keyakinan golongan atas pagar
MERUNGKAI PERMASALAHAN SEBENAR BERDASARKAN PENELITIAN DAN PEMIKIRAN RASIONAL
Saudara-saudari pembaca yang terhormat sekalian, saya ingin mengajak anda membuat penilaian secara adil dengan berdasarkan pemerhatian semasa dan berlandaskan fakta dan isu mengikut keutamaan dan menyingkirkan elemen-elemen yang tidak berkaitan selalunya dibabitkan bagi menimbulkan rasa ‘sensasi’ atau diungkapkan ‘gossip’ tidak berasas – berpolemik. Saya juga berpendapat janganlah penilaian akal kita terbeli dengan harga yang begitu murah yang berasaskan nilai-nilai sentimental seperti penggunaan – ‘kita ni saudarabah’ walhal realiitinya hampir 70% masyarakat Kota Belud ini adalah bersaudara.. Bak kata sahabat saya, Din Labuan ‘cukup-cukup sudah, cukup berpuluh tahun sudah, kalau tidak ‘ini kalilah’ . Tanggungjawab tetap tanggungjawab – dan saudara tetap saudara, kita perlu lebih bersikap terbuka dan profesional sekiranya kita ingin memastikan perubahan an kemajuan di daerah Kota Belud ini.
Saya berpendapat :
‘Di Kota Belud, kebangkitan rakyat terhadap sokongan PR bukanlah disebabkan isu-isu yang dipasarkan oleh PR, akan tetapi lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan barisan kepimpinan tempatan yang masih ‘melekat’ dengan pemikiran atau style lama menyebabkan ‘kemuakan’ rakyat yang melampau dan mencari ruang untuk melepaskan rasa ketidakpuasan hati mereka, dan kehadiran barisan alternatif ‘bagaikan sudah mengantuk di surung bantal’
Saya juga yakin isu-isu berikut bukanlah sebenarnya sebab peralihan sokongan rakyat terhadap PR, jika diteliti akan sebab musabab timbulnya isu-isu ini adalah berdasarkan rasa tidak-puas hati terhadap perkara-perkara tertentu yang saya ajak bersama-sama saudara fikirkan (?):
- Perkara 20 tetapi isu ?
- Jelapang Padi tetapi isu?
- PTI – 800,000 orang tapi isu ?
- Pengangguran belia tetapi ?
ISU-ISU YG DI ‘PASA’RKAN OLEH BARISAN PR SEBENARNYA LEBIH KEPADA PERMASALAHAN YANG BERTUNJANGKAN DASAR KERAJAAN SECARA MENYELURUH WALHAL ISU SEBENAR DI KOTA BELUD MASIH MENDAMBAKAN PERKARA ASAS SEPERTI KEMUDAHAN AIR DAN KADAR KEMISKINAN
YAB Datuk Seri Najib telah mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan dasar baru iaitu Model Ekonomi Baru yang menggantikan kegagalan DEB. Langkah ini telah berjaya merubah landskap ekonomi negara walaupun dalam tempoh singkat walaupun ‘hasil’ menyeluruh di nilai dalam tempoh 7 tahun lagi – 2020. Cara ‘bold’ baru ini memerlukan kepimpinan yang ‘fit’ bagi merealisasikan setiap KPI yang diagendakan. Pendekatan YAB Najib adlah berkonsepkan keterbukaan atau ‘transparency’ di mana rakyat boleh mengakses dan menilai akan keberkesanan perlaksanaan program ini secara 'on-line'. - http://etp.pemandu.gov.my/
Gambaran MEB-ETP di Kota Belud boleh di lihat melalui istilah seperti Jelapang Padi, Rumah Sarang Burung, 1 Azam, Kedai 1 Malaysia, dan bermacam-macam lagi. Namun yang menyedihkan, berdasarkan laporan tahunan di website ETP membuktikan kegagalan implementasi dan pencapaian projek-projek awal yang nyata didepan mata kita sendiri dapat melihat ke'tidak'berhasilannya. Yang menghairankan adalah kemampuan projek yang hampir sama dapat di laksanakan dengan jayanya di tempat lain.
DIMANAKAH SILAPNYA??
Jawapan berdasarkan pandangan saya akan saya hujahkan di episod seterusnya, sebagai ‘klu’ kepada soalan di atas –
‘Ketakutanakan kehilangan kuasa dan harta sehingga asas pemikiran dan keputusan akal di pesongkan ke arah ‘tidak benar’’
nantikan sambungan seterusnya…..BHGN 2: CADANGAN RESOLUSI UNTUK KEBAIKAN KOTA BELUD
BHGN 3:
MENILAI KEWAJARAN DSSK DI BERI PELUANG TERAKHIR DALAM MEMENUHI ASPIRASI PEMIMPIN YANG MENDOKONG PERUBAHAN KOTA BELUD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan