- KOTA BELUD : ERA PASCA UMNO :
- ERA TUN MAHATHIR
- ERA TUN ABDULLAH
- ERA DATUK SERI NAJIB
- PERMASALAHAN SEBENAR KOTA BELUD DARI SUDUT PENULIS: KEPERLUAN KUALITI KEPIMPINAN YANG MENEPATI CITARASA SEMASA MASYARAKAT KOTA BELUD DAN AGENDA NASIONAL
- RESOLUSI KRITERIA KEPEMIMPINAN BARU KOTA BELUD SELEPAS PRU-13 DAN MENUJU WAWASAN 2020
- ERA: TUN MAHATHIR
- Wawasan 2020 dan kemasukan UMNO ke Sabah
- Rujukan:
- ERA: TUN ABDULLAH
- Sabah Development Corridor
- Rujukan
- ERA: DATUK SERI NAJIB
- Model Ekonomi Baru: GTP & ETP
- Rujukan:
- PEMIMPIN BARU KOTA BELUD WAJIB ‘BERILMU’, ‘BERWAWASAN’, MEMPUNYAI TAHAP ‘INTELEK’ YANG TINGGI DI SALUTI DENGAN ASAS PENGETAHUAN ‘ISLAM’ YANG MENDALAM BUKAN SAHAJA SEBAGAI SENJATA MENGHARUNGI CABARAN ‘YANG BERKHIDMAT’ DALAM KONTEKS POLITIK KOTA BELUD YANG MENCABAR MALAH MEMAHAMI DAN MENTERJEMAHKAN SETIAP AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL YANG TELAH GARISKAN DAN MEMPUNYAI KAPASITI MENCORAK HALA-TUJU YANG DI INGINKAN RAKYAT
- PEMIMPIN BARU KOTA BELUD 'PERLULAH ‘MESRA-RAKYAT’ MERENTASI SEMUA SUKU KAUM KDM, BAJAU – SAMA, IRANUN DAN SUKU KAUM LAIN DI KOTA BELUD, DAN PERLU MEMAHAMI DAN MENDENGARI RINTIHAN RAKYAT KOTA BELUD DAN BERSIKAP TERBUKA DALAM MENERIMA PENDAPAT DAN TEGURAN YANG MEMBINA.
- PEMIMPIN BARU KOTA BELUD PERLULAH MEMPUNYAI PENGALAMAN ‘POLITIK’ DAN JUGA PENGALAMAN ‘PENTADBIRAN WAKIL RAKYAT’ ATAU YANG SETARAF DENGANNYA KERANA REALITI ‘EKSPERIMEN’ DAN ‘IMPORT’
HANYA AKAN MENGAKIBATKAN KEGAGALAN BERTERUSAN LEBIH-LEBIH LAGI DALAM REALITI MENGGAPAI STATUS NEGARA MAJU
- PEMIMPIN BARU KOTA BELUD ‘WAJIB’ – CUKUP AKAN KEKUATAN ‘EKONOMINYA’ AGAR DAPAT MENYISIHKAN ELEMEN ‘KORUPSI’ DALAM PERJUANGANNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT, ISTILAH ‘RUKUT-RUKUT’ HANYA AKAN MELAMBATKAN PEMBANGUNAN DAN HALA-TUJU PROGRAM SEPERTI ETP, MALAH AKAN MENJADI PENYEBAB DAN REALITI INI SENDIRI SAUDARA-SAUDARI ALAMI.
- PEMIMPIN BARU KOTA BELUD PERLULAH BERANI, BUKAN SAHAJA BERANI MEMBAWA AGENDA YANG SEPATUTNYA DI NIKMATI OLEH RAKYAT KOTA BELUD, MALAH BERANI DALM KONTEKS PENYAMPAIAN KATA-KATA YANG BERUNSUR JANJI DI KALANGAN RAKYATNYA DAN SEHARUSNYA ISTILAH MEYALAHKAN RAKYAT TIADA DALAM KAMUS ‘AMANAHNYA’ SEBAGAI PEMIMPIN.
KOTA BELUD : ERA PASCA UMNO
Umum mengetahui bahawa kepimpinan lama kita telah bersepakat dan bersetuju untuk membawa masuk UMNO sebagai pengganti perjuangan USNO bagi meneruskan perjuangan masyarakat bumiputera Islam khasnya. Terdapat 3 era utama di bawah kepimpinan UMNO sepanjang hampir 2 abad Sabah ditadbir oleh kepimpinan UMNO iaitu :
Saya tidak akan mengupas dengan lebih mendalam sejarah di zaman pentadbiran dari era pimpinan Tun Mahathir sehinggalah ke DS Najib yang baru sahaja berlalu terhadap Kota Belud secara langsung. Rasanya ramai blogger-blogger tempatan telah menyusuri dengan baiknya kupasan tentang era pentadbiran kepimpinan tertinggi UMNO ini dalam blog mereka.
Persoalan yang saya inginkan saudara-saudari pembaca sekalian fikirkan sekalian adalah sejauh mana 'sumbangan' pemimpin berkenaan dalam membantu pembangunan Kota Belud dan kesannya terhadap rakyat Kota Belud disetiap agenda yang semasa pentadbiran individu ini sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun begitu, kita patut sepakat dan bersetuju bahawa paksi hala tuju Kota Bellud adalah berlandaskan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir, dan saya pasti anda bersetuju akan Model Ekonomi Baru yang di perkenalkan oleh Datuk Seri Najib adalah merujuk kepada agenda nasional ini.
Persoalannya sekarang, di manakah Kota Belud dalam menepati realiti masyarakat membangun atau 'Negara Membangun' pada tahun 2020?
Persoalannya sekarang, di manakah Kota Belud dalam menepati realiti masyarakat membangun atau 'Negara Membangun' pada tahun 2020?
PERMASALAHAN SEBENAR KOTA BELUD DARI SUDUT PENULIS: KEPERLUAN KUALITI KEPIMPINAN YANG MENEPATI CITARASA SEMASA MASYARAKAT KOTA BELUD DAN AGENDA NASIONAL
Jika saya disuruh memilih faktor yang menjadi keutamaan dalam undian saya di antara ‘PARTI’ atau ‘CALON’ yang mewakili daerah saya, saya akan memilih 'CALON' sebelum meneliti agenda atau manifesto 'PARTI' masing-masing sebelum memastikan undian saya memihak ke ‘barisan’ yang akan mewarnai hala tuju Kota Belud selepas PRU-13. Sejarah politik Sabah menterjemahkan segalanya, ini bukan bermaksud politik Sabah adalah politik 'ikut-ikutan' tetapi realitinya Sabah bersetuju untuk menjadi sebahagian dari Malaysia-lah yang menjadikan landskap politik Sabah berubah-ubah mengikut keperluan semasa yang sebenarnya bergantung terus 'terhadap' kedudukan Sabah sepertimana yang di'janjikan' oleh Putrajaya. Inilah realiti sebenarnya yang kita harus terima.
Realiti keperluan kepimpinan baru Kota Belud selepas PRU-13 memerlukan lebih daripada sifat 'mesra rakyat' . Dan seperti yang saya katakan pada awal artikel ini, ciri kepimpinan baru Kota Belud adalah bergantung terus dengan Wawasan 2020 dan realiti kedudukan Kota Belud dalam konteks pembangunan fizikal dan persediaan modal insan ke tahap – Negara Membangun dalam tahun 2020.
Oleh sebab itu, saya memerlukan satu sumber yang dapat membantu saya dalam pencarian ciri kepimpinan yang diperlukan dan saya terjumpa artikel berikut mengenai kajian realiti keberhasilan Wawasan 2020 terkini (2011) di bawah tajuk “ PRIORITIZING ISSUES OF MALAYSIAN VISION 2020: AN APPLICATION OF THE ANALYTIC HIERARCHY PROCESS AND QUALITY FUNCTION DEPLOYMENT “ dijalankan oleh Saudara Rafikul Islam dan Saudara Yusof Ismail daripada Jabatan Pentadbiran Perniagaan, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Rujukan:
website: http://www.iium.edu.my/enmjournal/index.php/enmj/article/view/176
Muat-turun : http://www.iium.edu.my/enmjournal/index.php/enmj/article/view/176/145
website: http://www.iium.edu.my/enmjournal/index.php/enmj/article/view/176
Muat-turun : http://www.iium.edu.my/enmjournal/index.php/enmj/article/view/176/145
Artikel yang bertarikh 2011 ini, merungkai akan realiti kedudukan Malaysia secara amnya dalam mencapai status dan Negara Maju berdasarkan Wawasan 2020. Penulis telah membuat kajian secara terperinci termasuk mengadakan ‘survey’ dalam mendapatkan jawapan seperti yang diutarakan. Berikut adalah antara cadangan yang terhasil daripada kajian yang telah dijalankan dan mengikut keutamaan (m/s 46):
Dan penulis artikel mencadangkan yang berikut sebagai panduan utama dalam merealisasikan Wawasan 2020, (m/s 48):
Ternyata penulis menggariskan cadangan dan ‘point’ utama yang diperlukan adalah bergantung terus kepada ciri-ciri kepimpinan dan saya rasa saudara-saudari pembaca terhormat setuju sekiranya kekangan kemajuan Kota Belud selama ini adalah selari dengan pernyataan-pernyataan seperti yang di gariskan didalam 2 gambarajah di atas. Berikut adalah antara lain kesimpulan kajian ini yang boleh didapati di (m/s 58-59) yang boleh diperolehi dalam versi muat turun.
“The present research is carried out to gauge the progress made to achieve Malaysian V-2020. On the basis of people’s feedback and the QFD and AHP joint exercise, a number of recommendations are also put forward. In general, people of the nation feel that many more things need to be done before Malaysia can declare herself a developed nation. It is not only in economical aspect, but also the country needs to pay serious attention to human resource development – especially prevention of crime and corruption from all levels of the greater society. In fact, from the ranks of the challenges, the most crucial one is found to be ‘Establishing a fully moral and ethical society’. The survey respondents suggested that the government should play a dual role in one hand, the government should play its traditional role in strengthening the economy, ensuring quality education to its people and maintain law and order, on the other hand, it should make the people ready to face the challenges ahead and take the necessary steps to address them successfully”
RESOLUSI KRITERIA KEPEMIMPINAN BARU KOTA BELUD SELEPAS PRU-13 DAN MENUJU WAWASAN 2020
Berdasarkan pengamatan, pengalaman dan kajian yang telah saya lalui dan jalankan, saya dengan ini mempersembahkan resolusi ciri-ciri kepimpinan baru Kota Belud sebagai rujukan dan perbincangan bersama pasca PRU –13 dan menjelang Tahun 2020 :
NANTIKAN SAMBUNGAN BHGN – 3.PERSOALANNYA, WUJUDKAH INDIVIDU SEPERTI YANG DICIRIKAN DI ATAS ATAU SEKURANG-KURANGNYA MEMENUHI 80% KRITERIA KEPIMPINAN DI KOTA BELUD KINI?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan