23 Januari, 2013

WARKAH KASIH BUAT BLOGGER - KELAPA MAWAR

CERITERA KASIH...

'Allah menyebut: (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-hak mereka (Surah Hud: 85)'  Dipetik dari Artikel Dr. MAZA - Memerdekan Pemikiran politik anda.



Artikel ini adalah mewakili pandangan dan respons saya terhadap artikel Saudari/Puan Kelapa Mawar(SP-KM) yang boleh di akses melalui FB dan blog berikut:

  1. DATUK RAHMAN DAHLAN - "THE BEST MP KOTA BELUD?"
  2. AMDIN KARIM - BERSULUH PADA PELITA YANG TERANG

Untuk makluman para pembaca budiman sekalian, kelapa mawar telah menyatakan bahawa 'Polimek' ini dimulakan oleh saya. Saya ingin mengajak pembaca budiman untuk menilai sendiri rentetan ceritera kasih ini dengan memulakan kenyataan saya seperti berikut:

Saya ingin tegaskan KEpada SAUDARI KM bahawa pendirian saya masih kekal dan tetap menyatakan bahawa pendekatan KM dalam membuat perbandingan di antara dua pemimpin KOTA BELUD IAITU YB DATUK RAHMAN DAHLAN DAN YANG BERUSAHA DATUK SERI PANGLIMA DR. SALLEH SAID KERUAK adalAh tidak berasas dan relevan dari segenap sudut yang boleh diterima akal sebagai perbandingan yang berunsur positif dan membina , sebaliknya tindakan KM cuba mewujudkan satu senario yang jelas dan nyata mempunyai halatuju memerlagakan kedua pemimpin secara tidak langsung memberi kesan kepada perpecahan DI kalangan penyokong kedua-dua pemimpin di dalam komponen UMNO sendiri dalam mensiapsiagahkan ikatan BN menghadapi PRU 13 YANG GENTING ini.

RESPONS TERHADAP – ARTIKEL I

Saya ingin mengajak para pembaca yang budiman sekalian dalam menilai secara adil dengan menggunakan hukum akal dan logik masing-masing terhadap hujah-hujah KM yang di terjemahkan dalam beberapa pernyataan beliau yang berpaksikan kata kata yang berbunga bunga dan madah pujangga tanpa berlandaskan fakta yang nyata seperti berikut :
Dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, elemen membanding beza adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam soal kepimpinan membandingkan pencapaian pemimpin dengan pemimpin yang lain adalah sangat-sangat mujarab kepada pemikiran rakyat supaya pemimpin yang dipilih dan terpilih mempunyai keupayaan dan daya juang membela nasib rakyat”
Saya bersetuju bahawa elemen ‘membanding beza’ itu adalah asas dalam menentukan pemimpin tetapi haruslah kita seadilnya membanding beza berdasarkan landasan/peraturan/yang kita letak secara adil . Saya berpendapat DSSK dan DARD adalah dua pemimpin yang berada pada zaman dan liga tersendiri’, era yang berbeza, cabaran yang berbeza; dan bidang yang berbeza yang tidak mewajarkan hukum ‘membanding beza’ di aplikasikan kepada kedua-dua pemimpin ini. KM memberi beberapa contoh dalam menilai prestasi kedua-dua pemimpin seperti berikut:
“Reputasi DARD bagi saya jauh lebih baik dari DSSK ketika menjadi MP. Ini yang dikatakan banding beza. Banyak permasalahan rakyat KB berada di hati DARD dan ada usaha untuk menyelesaikannya walaupun pada akhirnya DARD seakan merajuk dan tawar hati. Kesesakan di pekan KB adalah antara contohnya selain dari bekalan air bersih.”
Saya serahkan kepada para pembaca sekalian dalam membuat penilaian ke atas kenyataan  KM berdasarkan ‘benchmarking’ atau rujukan dan penggunaan fakta yang nyata. Adil dan Wajarkah apabila KM menggunakan isu  ‘Kesesakan’ dan Bekalan Air dalam perbandingan ini?



  • Bukan kah telefon bimbit dulu saiznya sebesar beg james bond dan harganya jauh mahal?
  • Bukankah akses kepada telekomukasi – broadband, wifi, steamyx serta media internet seperti Twitter, FB adalah asing jika dibandingkan dengan era sekarang?
  • Bukankah dalam hanya tempoh 1 Tahun, 5 Bulan, 1 Hari memegang tampuk Ketua Menteri – kita punya akses sejam sahaja ke Kota Kinabalu dan kesannya jelas dalam meningkatkan perjalanan ekonomi KB?
Terlalu panjang senarai ‘Bukankah’ ini sekiranya kita ingin perdebatkan, tapi itu bukanlah satu resolusi dalam menghadapi ujian getir menjelang PRU13 ini. Seterusnya......




RESPONS TERHADAP – ARTIKEL 2

Saya ucapkan terima-kasih di atas kesudian KM meletakkan wajah saya bersama cucu saya dalam memulakan artikel tersebut. Perlu saya nyatakan di sini, saya telah berhempas pulas untuk membalas budi KM dengan meletakkan gambar KM tapi HARUSLAH FAHAM tiada sebarang gambar didalam blog mahupun FB beliau yang membolehkan saya membalas budi baik KM. Maka oleh sebab itulah saya menggunakan gambar dari pencarian google saya - " mawar berduri', tanda terima-kasih saya buat muslimah berjenama "Kelapamawar" tanpa nama asal yang diketahui oleh saya.

Dimulakan dengan penggunaan perkataan Polemik , harafiah Assabiyah memang tidak dapat dinafikan pengalaman berbloging dari tahun 2009 jelas menampakkan penggunaan gaya bahasa yang indah dan tersusun jelas maknanya. KM menjelaskan yang saya telah lari dari asas perbincangan kepada ulasan Saudara Norjam Endingan –DARD the best Kota Belud MP(Member of Parliament). Malah saya telah dituduh bermacam sperti dalam pernyataan berikut:
Membenteras penilaian rakyat kepada pemimpin dengan mengaitkan soal ketuhanan dan prinsip hukumannya dosa dan pahala. Beliau tidak dapat membedakan antara penilaian tuhan dengan manusia, seolah-olah mengaibkan sejumlah rakyat di KB yang mahukan pemimpin yang lebih bertenaga, berdaya upaya membangunkan KB, berkarisma dan mempunyai nilai kepentingan rakyat lebih dari kepentingan dirinya sendiri.
Untuk bersikap adil kepada diri saya sendiri, saya telah membuat satu eksperimen dengan menulis pernyataan Norjam Endingan pada sehelai kertas sebagai kertas 1 dan menulis pada sehelai kertas lain “ DARD the best KB MP compare to DSSK’, sebagai kertas 2. Saya bertanyakan sahabat saya Din Obama yang hadir ke rumah saya petang kelmarin sambil merujuk kepada kertas 1 - pernyataan Saudara Norjam Endingan – DARD The Best Kota Belud MP. Beliau bersetuju dan menghuraikan hujah beliau.. tanpa mengizinkan beliau menghabiskan hujah beliau, saya terus memperlihatkan kertas 2. Respons dan air muka Din Obama berubah dan menyatakan memang jauhlah SI YB A berbanding YB B. Di tengah perbincangan itu, anak buah saya Azmi hadir dan mencuba eksperimen ini kepada dia, jelas apabila kertas – 2 di ajukan, respons yang sama di beri cuma Azmi menyokong perjuangan YB B. Din tidak berpuas hati dan memberi hujahnya mengenai kekuatan YB A berbanding YB B.


Saya ingin mengajak pembaca budiman menghurai akan kesimpulan ke atas eksperimen ini.  Ternyata pada asasnya, ‘statement’ Saudara Norjam Endingan adalah pandangan peribadi sendiri tanpa melibatkan sesiapa. Tetapi apabila KM mengulas dengan menambahkan tanda soal dipenghujung nama DARD sebagai tajuk artikel beliau dan menyatakan dengan jelas Perbandingan dengan DSSK serta melibatkan warga KB secara umum, perkara yang diingini beliau akan berlaku seperti yang saya jelaskan pada awalnya kerana hukum ‘membanding beza’ ini tidak dapat diaplikasikan ke atas kedua dua pemimpin ini. Saya boleh menghuraikan beberapa sebab yang lain mengenai pendekatan KM yang menjurus kepada perbalahan dalam bait-bait katanya seperti – 'seolah-olah', 'mungkin Arwah', 'tidak semestinya' dan lain lain tanggapan yang dilontarkan. Itu adalah andaian semata mata tanpa fakta yang jelas yang boleh dipercayaai. Cukup untuk saya memperjelaskan kepada KM akan sebab-musabab saya tidak setuju kepada perbandingan ke atas kedua-dua YB ini.

Maka, saya serahkan kepada para pembaca untuk mengadili hujah saya ini. Dalam berfikir secara lateral saya ingin tekankan di sini tidak perlu untuk kita huraikan sedalamnya dengan lebih jauh kerana kita perlu saling menghormati antara penyokong kedua-dua pemimpin, dan sekiranya bertegas juga, ruangan ini tidaklah sesuai....  

Buat Saudari Kelapa Mawar (rujuk Profile-Jantina-Wanita FB) – kembalilah ke ‘TIMBANGAN’  yang berteraskan keadilan diri dan gunakanlah kelebihan pemberian-nya itu sebaik-baiknya di dalam arena yang sewajarnya. Tepuklah dada dan tanya selera. Siapa tidak kenal Kelapa Mawar secara individunya tapi mengenali Jenama ‘Kelapa Mawar’ sebagai “Pemerhati Politik” dan melalui pengalaman berblog sejak July 2009, dengan follower yang ramai, ini boleh disahkan dengan menaip  di google search engine – Adun Kadamaian atau Adun Usukan atau Adun Tempasuk. Tengok siapa punya blog yang paling atas sekali dalam senarai itu, website Kadamaian sendiri berada ranking kedua, dimana artikel KM berada di ranking pertama. Syabas, syabas, syabas.


Saya tutup hujah saya ini dengan mempersembahkan beberapa jadual dan rujukan kepada pembaca sekalian dalam menilai seadilnya berdasarkan maklumat dan fakta yang jelas terdapat di dalam jadual ini. Yang lainnya terserah pada saudara pembaca sendiri untuk menilai akan kewajaran perbandingan dalam terma jenama KM ‘membanding beza’.
Saya akhiri dengan  madah yang tidak seberapa buat tatapan anda semua:




‘SETIDAK-TIDAKNYA – KITA PUNYA SUARA DI TAMPUK PEMERINTAHAN DISINGGAHSANA, ‘SUARA’ YANG MEMBOLEHKAN HAK WARGA KOTA BELUD DIDENGARI ‘RATHER’ THAN MENURUTI’ – KESANNYA TERBUKTI DAN TERHIDANG  DI HADAPAN ANDA UNTUK MELIHAT SENDIRI NATIJAHNYA DAN SEMUA NYA TERPULANG PADA ANDA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGIRINGINYA ATAU SEBALIKNYA  MEMBENARKAN HANYA SISA SAHAJA YG TERTINGGAL PADA KITA DALAM ARUS PERDANA YANG SERBA MENCABAR DAN GLOBAL INI. BUKANNYA KUASA DAN DUNIA YG DIKEJARI, CUMA MENJALANKAN AMANAH SEADANYA YANG DAHULUNYA SEJARAH SENDIRI BOLEH MENTERJEMAHKANNYA, AYUH, BANGUNLAH, NILAILAH SEADILNYA, SISIHKAN NORMA-NORMA YG MENODAI HAKIKAT MINDA, DENGARI KATA HATI, SENARAIKAN SENDIRI PILIHAN ANDA..... UNDI ANDA ADALAH RAHSIA’



Wallahualam.

Dokumen Taklimat: Analisis Prestasi Wakil Rakyat Berdasarkan Data DOSM dan Kajian Kes P.169 Kota Belud

  Ringkasan Eksekutif Dokumen ini mensintesis dapatan mengenai peranan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebagai alat penilaian prestasi wa...